Berita UtamaDunia

4 negara EU meterai perjanjian bekal 300 juta dos vaksin COVID-19

Penduduk Eropah akan peroleh akses vaksin diuji Universiti Oxford

BERLIN, 22 Syawal 1441H, Ahad – Empat negara Kesatuan Eropah (EU) membuat perjanjian bersama kumpulan farmaseutikal AstraZeneca untuk membekalkan sekurang-kurangnya 300 juta dos vaksin COVID-19 yang kini sedang diuji University of Oxford.

Jerman, Perancis, Itali dan Belanda memeterai perjanjian bersama kumpulan berkenaan, yang ditubuhkan pada 1999, hasil gabungan syarikat Sweden, Astra dan perusahaan British, Zeneca, khusus membekalkan vaksin kepada negara anggota EU, sebaik sahaja ia ditemui, kata Menteri Kesihatan Jerman.

Perjanjian dengan farmasi gergasi Anglo-Sweden itu juga menjadikan vaksin itu tersedia untuk negara-negara Eropah lain yang ingin mengambil bahagian dalam inisiatif ini.

“Perjanjian ini akan memastikan ratusan juta penduduk Eropah memperoleh akses terhadap vaksin oleh Universiti Oxford itu, sebaik diluluskan.

“Dengan rantaian bekalan Eropah yang akan segera memulakan pengeluaran, kami berharap untuk menjadikan vaksin ini boleh didapati secara meluas dan cepat” kata Ketua Eksekutif AstraZeneca, Pascal Soriot.

Ujian vaksin COVID-19 dimulakan di UK pada April dengan lebih 1,000 sukarelawan sihat berusia 18 hingga 55 tahun. Seterusnya membabitkan 10,000 sukarelawan bermula pada Mei.

Syarikat lain, termasuk syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Modernadan, dan syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi, sedang berusaha mewujudkan vaksin coronavirus – yang merupakan satu-satunya cara yang mungkin untuk kembali dengan selamat ke ‘kehidupan normal’ dalam dunia pasca-COVID-19. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close