Berita Utama

‘Bukan muslim pun sokong kempen BMF’

Sahabat belum muslim suka selagi berkualiti, berpatutan

BANGI, 22 Syawal 1441H, Ahad – Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat, bukan sahaja diimarahkan oleh mereka yang berbangsa Melayu, malah kaum lain turut menyokong pelaksanaannya.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung berkata, MyKampung Fresh Mart yang terletak di Shah Alam, Selangor turut dikunjungi oleh pembeli-pembeli bukan muslim.

Katanya, beliau didatangi gadis India yang membeli barangan keperluan di situ seraya berkata:
“Very good la you open here. I am working nearby only. Lain kali senang saya nak beli barang.”

“Brother Firdaus, saya terlupa something la. Saya nak ambil ‘selfie’ dengan brother bolehkah? Saya punya ‘colleague’ sudah ambil gambar dengan you, saya pun mahu juga.”

Bersyukur dengan perkara itu, Firdaus berkata, kaum lain tidak rasis dalam mempromosikan barangan BMF kerana mereka turut menjual produk jenama bukan BMF.

“Sahabat belum muslim juga suka dan sokong produk muslim selagi mana ianya berkualiti dan berpatutan,” katanya.

Kempen BMF dilancarkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan Abata adalah bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam serta memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Pelbagai usaha telah dilancarkan melalui kempen berkenaan, termasuklah pembukaan Malakat Mall – pasaraya besar yang menghimpunkan ribuan produk keluaran muslim.

Kempen berkenaan terus melangkah ke depan dengan merancang membuka sebanyak 10 buah Malakat Mall dan 1,000 cawangan Raudhah Grocer tahun ini.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close