Berita UtamaDunia

COVID-19: Menteri Kesihatan Chile letak jawatan

Kerajaan mengaku lapor kematian rendah kepada rakyat

SANTIAGO, 22 Syawal 1441H, Ahad – Menteri Kesihatan Chile, Jaime Manalich meletak jawatan semalam, ketika di tengah kontroversi mengenai angka kematian negara itu akibat wabak coronavirus.

Berikutan perubahan metodologi yang diumumkan oleh pihak berkuasa Chile minggu ini, kerajaan mengakui bahawa mereka melaporkan jumlah kematian yang lebih tinggi akibat COVID-19 kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) daripada yang dilaporkan kepada orang ramai.

Pihak berkuasa berkata telah melaporkan lebih dari 5,000 kematian kepada WHO, berbanding dengan 3,101 kematian yang didaftarkan dalam laporan rasmi.

Di samping perubahan dalam metodologi pengiraan kematian dan kritikan di atas kurangnya kepantasan dalam penyampaian data, figura Manalich dilemahkan oleh siri kontroversi selama beberapa bulan terakhir ketika beliau bertugas di kementerian.

Beliau mendapat banyak kritikan atas pengendalian terhadap pandemik itu, mendesak warga Chile untuk hidup ‘dengan norma baharu’ pada awalnya, namun kemudian mengetatkan langkah-langkah kerana terdapat peningkatan dalam keluk penularan.

Bekas Presiden Persatuan Perubatan dan ahli akademik, Enrique Paris akan mengambil alih tugas Manalich setelah setahun memegang jawatan itu.

Paris mempertahankan kerajaan menangani pandemik tersebut.

Kelmarin, Chile melaporkan rekod 6,574 kes jangkitan positif dan 222 kematian baharu dalam tempoh 24 jam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button