Berita Utama

Eric Paulsen ektremis, tak layak dalam kerajaan daulatkan Islam

Golongan liberal sentiasa berusaha hapuskan institusi agama

BANGI, 22 Syawal 1441H, Ahad – Pengarah Undang-Undang Fortify Liberty, Eric Paulsen tidak sepatutnya berada di dalam mana-mana jawatankuasa kerajaan yang mendaulatkan Islam.

Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris berkata, individu berfikiran ekstremis dan liberal seperti Eric Paulsen tidak layak berada dalam kerajaan Malaysia.

Beliau hanya sesuai untuk ditempatkan di dalam kerajaan yang cenderung kepada fahaman liberalisme, kata Dr Khalif.

“Golongan ekstremis liberal seperti beliau akan berusaha untuk menghapuskan institusi agama, penglibatan agamawan atau ulama dalam pemerintahan, kedaulatan agama Islam dalam Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pelantikan baharu Eric Paulsen di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKKM) mendapat tentangan banyak pihak ekoran kelantangan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Islam dan institusi Islam.

Antara ‘rekod hitam’ Eric sebelum ini ialah mengkritik pelaksanaan undang-undang hudud sebagai tidak berpelembagaan, zalim dan tidak sesuai pada zaman moden.

Eric juga mengeluarkan kenyataan biadab di media sosial mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis. 

Kenyataan beliau yang menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close