Berita UtamaPendapat

Gesa PM tarik balik lantikan Eric Paulsen, ramai lagi tokoh lebih layak

Patut pertimbang calon yang tak sentuh sensitiviti umat Islam

PADA awal Oktober 2018, Kementerian Luar Negeri ketika itu membuka pencalonan untuk wakil negara ke Asean Intergovernmental Commission of Human Rights (AICHR).

Setelah tempoh pencalonan tamat, saya masih ingat ketika itu, 3 calon telah disenarai pendek bagi mewakili Malaysia. Mereka ialah:

1. Mr Edmund Boon Tai
2. Datuk Dr Denison Jayasooria
3. Prof Madya Dr Rohaida Nordin

Saya dan ramai sahabat-sahabat ketika itu mencadangkan Prof Madya Dr Rohaida Nordin berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang hak asasi di Asean dan juga di peringkat antarabangsa.

Beliau juga penasihat MACSA dalam banyak isu- isu hak asasi manusia.

Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, Wisma Putra telah membuka semula tempoh pencalonan yang telahpun ditutup.

Apabila tempoh tamat buat kali kedua, terdapat pertambahan 4 calon lain iaitu:

1. Eric Paulsen
2. Dato’ Dr Fauziah Mohd Taib
3. Mr James Devanayagam
4. Ms Raja Nor Azwa Raja Alang Petra

Calon- calon ini dinilai oleh:

1. Dato Ahmad Rozian Abdul Ghani (DG Asean Malaysia National Secretariat)
2. Syed Ibrahim Syed Noh (MP Ledang)
3. Mr Jerald Joseph (SUHAKAM)


Pada 14 Januari 2019, kita semua dikejutkan dengan pemilihan Eric Paulsen sebagai calon yang terpilih kerana rekod beliau yang mengguris hati umat Islam di Malaysia, antaranya tuduhan bahawa Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mempromosi ekstremisma pada setiap hari Jumaat.

Saya merasakan dengan ramai calon-calon yang sama layak atau jauh lebih layak dari Eric Paulsen.

Kementerian Luar Negeri sepatutnya mempertimbangkan calon yang tidak menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ramai tokoh- tokoh umat Islam, dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah pemilihan Eric Paulsen.

Kini, beliau terpilih sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Kedua-dua pelantikan Eric Paulsen sebagai wakil Malaysia dalam AICHR dan MPKM adalah dari Kementerian yang diterajui oleh Saifuddin Abdullah.

Saya menggesa agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik balik pelantikan Eric Paulsen oleh Saifuddin Abdullah.

Kita ada ramai tokoh-tokoh yang lebih berkelayakan dalam bidang komunikasi dan hak asasi.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ)
Pengerusi Bersama MACSA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close