Berita UtamaPendapat

Siapa Nga Kor Ming nak ajar Islam mengenai akhlak?

Guna kalimah ilahi, pemimpin DAP sekadar tarik sokongan Islam

SAYA nasihatkan umat Islam perlu sentiasa peka dan cerdik di dalam membuat penilaian terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.

Janganlah mudah tertipu dan terpedaya dengan penggunaan istilah Bahasa Arab yang digunakan oleh Nga Kor Ming.

Kajilah ideologi dan perjuangannya dahulu. Kita akan mudah tertipu apabila kita tidak tahu tentang ideologi perjuangan seseorang.

Bahkan sebenarnya kita secara tidak sedar telah mengkhianati agama, bangsa dan negara jika tidak dapat memahami sesuatu perkara mengikut neraca yang betul.

Saya sangat tertarik dengan kata-kata pemikir Islam Mesir, Muhammad Al Ghazali, di mana beliau ada menyatakan: “Cukuplah engkau jadi pengkihianat dgn engkau menjadi seorang yg bodoh (tidak tahu tentang ideologi dan perancangan musuh).

“Ketidakmengertian umat Islam terhadap ideologi dan pegangangan seseorang menjadikan mereka mudah termakan dengan dua tiga patah kata-kata manis yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak akan berjuang untuk memartabat agama dan bangsa kita jika tiada hidayah Allah kepadanya,”

Perkataan amal makruf mungkin dimaksudkan kebajikan.

Saya pun tidak pasti apakah yang dikehendaki olehnya.

Mungkin beliau selalu mendengar ungkapan amar makruf yang disebutkan oleh para penceramah agama dan politik.

Perkataan عمل “Amal” dan أمر “Amar” adalah sesuatu yang berbeza.

Orang Islam sepatutnya tahu perbezaan ini.

“Amal” maknanya perbuatan atau pekerjaan. Adapun penggunaan di dalam al-Quran yang digunakan ialah أمر بالمعروف ”Amar Makruf”, iaitu mengajak kepada kebaikan.

Makruf ialah perkara yang dianggap baik oleh neraca syara’, bukan sahaja neraca manusia.

Allah menyuruh kita mengajak kepada makruf ini. Makruf yang paling besar ialah menegakkan hukum Allah.

Ia perlukan kepada kuasa dan kekuasaan itu hendaklah diberikan kepada orang yang beriman, bukan kepada orang kafir.

Orang beriman tidak boleh melantik Nga Kor Ming menjadi pemimpin mereka.

Perkataan نهي عن منكر “nahi munkar” bermakna mencegah kemunkaran.

Mungkar ialah segala perkara yang dianggap buruk oleh syarak.

Dasar perjuangan DAP ialah sekular demokrasi. Dasar ini dengan sendirinya menolak Malaysia sebagai negara Islam dan terus menolak terdirinya negara Islam.

Inilah sebenarnya mungkar terbesar yang umat Islam mesti faham dan mesti ditentang oleh umat Islam.

Tidak boleh dibayangkan dalam hati orang beriman ada kompromi lagi dan bekerjasama dengan parti yang dengan jelas menolak perlaksanaan hukum Allah swt.

Bila Nga Kor Ming bercakap tentang أخلاق “akhlak mulia”, tak perlulah orang Islam mengambil kira pendapatnya.

Orang Islam wajib memahami bahawa akhlak yang sebenar ialah apabila ia didasari oleh iman kepada Allah.

Bahkan, para alim ulama mengatakan bahawa tidak akan lahir akhlak tanpa iman. Siapa Nga Kor Ming nak ajar orang Islam tentang akhlak? La haula wa la quwwata illa billah.

Satu lagi penggunaan perkataan إله “Ilahi”. Ini satu lagi perkataan yang amat penting untuk orang Islam faham dengan sebaik-baiknya.

Kenapa perkataan “ilah” digunakan di dalam kalimah syahadah kita?

Ilah digunakan oleh bahasa Arab untuk memberi erti tuhan diabdikan diri kepadaNya, tuhan yang mesti ditaati dan tuhan yang mesti dipatuhi segala hukum hakamnya.

Kalau Ngar Kor Ming menerima Allah sebagai “ilah”, sudah pasti beliau akan memeluk Islam.

Jadi, penggunaan kalimah ilahi sudah pasti diucapkan beliau sama ada datang dari kejahilan beliau sendiri atau sekadar ingin menarik perhatian dan meraih sokongan umat Islam sahaja.

Penggunaan perkataan نويت “nawaitu” digunakan oleh ulama untuk mendidik umat Islam di dalam menentukan maksud niat mereka semata-mata kerana Allah.

“Nawaitu” memberi maksud aku berniat atau diterjemahkan sahaja aku.

Ia dilakukan dengan tujuan dan maksud untuk mengikhlaskan segala amal perbuatan kita hanya kerana Allah SWT.

Ia penggunaan khas untuk orang yang beriman kepada Allah SWT. Kalaulah andainya digunakan oleh penyembah berhala, maka ia ditujukan kepada berhala-berhala mereka.

Nga Kor Ming sepatutnya memilih untuk beriman kepada Allah SWT dan memeluk agama jika betul-betul ikhlas ingin menggunakan perkataan “nawaitu”.

Akhir kata, eloklah kita menghayati firman Allah SWT di dalam surah Azzumar: 9 yang bermaksud:
Katakanlah oleh engkau wahai Muhammad (kepada orang kafir), adakah sama antara orang yang mengetahui dengan orang tidak mengetahui,”

Ayat ni diturunkan untuk membezakan orang beriman yang mengenal Allah, yang patuh tunduk kepada Allah berbanding dengan orang kafir yang terus ingkar kepada Allah.

Ustaz Haji Mohd Rusdi Alias
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button