Berita UtamaDunia

Singapura rekod 347 kes baharu

228 kes disahkan masih berada di hospital

SINGAPURA, 21 Syawal 1441H, Sabtu – Singapura yang merekodkan 347 kes baharu COVID-19 semalam, mencatatkan satu lagi kes kematian menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 26.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, kematian semalam melibatkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 73 tahun yang meninggal dunia di  Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit pada 12 Jun.

Dikenali sebagai kes 161, mangsa disahkan dijangkiti COVID-19 pada 9 Mac.

Menurut kementerian itu, mangsa memiliki sejarah penyakit darah tinggi dan buah pinggang yang kronik selain menghidapi “hyperlipidemia”.

Singapura melaporkan dua kematian pertama COVID-19 pada 21 Mac.

Setakat 12 tengah semalam, 768 lagi kes COVID-19 didiscaj daripada hospital atau kemudahan isolasi komuniti, menjadikan 28,808 atau 72 peratus daripada 40,197 jumlah keseluruhan kes hari ini sudah pulih sepenuhnya.

Terdapat 228 kes yang disahkan pada masa ini dan masih berada di hospital dengan seorang pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Kementerian itu berkata 11,135 yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi disahkan positif COVID-19, diasingkan dan dijaga di fasiliti komuniti. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close