Berita Utama

COVID-19: 41 kes baharu, 38 penularan dalam negara

32 orang bukan warganegara manakala selebihnya warga Malaysia

PUTRAJAYA, 23 Syawal 1441H, Isnin – Sebanyak 38 daripada 41 kes baharu COVID-19 merupakan kes penularan dalam negara dilapor hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 38 kes penularan dalam negara itu, seramai 32 orang merupakan bukan warganegara manakala selebihnya dalam kalangan warga Malaysia.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu sebanyak 8,494 kes,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close