Dunia

COVID-19: Tokyo catat 47 kes baharu, tertinggi sejak 5 Mei

Trend menurun Jepun tarik balik darurat, sebelum kembali meningkat

TOKYO, 23 Syawal 1441H, Isnin – Pentadbiran negeri Tokyo pada Ahad mengesahkan terdapat 47 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, jumlah tertinggi dicatatkan sejak 5 Mei.

Daripada jumlah itu, 18 orang membabitkan pengunjung pusat hiburan, kata Gabernor Tokyo Yuriko Koike, lapor Kyodo News.

Justeru, beliau menggesa pekerja pusat hiburan berkenaan untuk menjalani saringan COVID-19 bagi membendung rantaian jangkitan yang bermula dari kelab malam di daerah Shinjuku Kabukicho.

Bandar raya Tokyo pada Khamis mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan peningkatan jumlah kes.

Berikutan trend penurunan dalam jumlah kes dilaporkan, Jepun mengisytiharkan darurat ditarik balik sepenuhnya pada 25 Mei, bagaimanapun beberapa kawasan menyaksikan peningkatan kes.

Sejak Jun, jumlah kes jangkitan baharu di Tokyo kekal dua digit. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close