Berita UtamaPendapat

Eric Paulsen: Lantikan pernah hiris hati umat Islam

Wahai menteri, bukan nafi wakil non muslim tapi bertindak bijaklah

FEBRUARI 2015, saya pernah membuat komen terhadap ‘si sepet’ yang menggunakan nama ‘omputih’, atas kenyataannya menghina Islam. Antaranya mendakwa khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme.

Komen saya jadi viral. Dipetik oleh laman sosial ultra kiasu.

Ultra kiasu kata saya rasis sebab menggunakan istilah sepet. Peliknya, ramai pulak yang menonton filem Sepet. Tidak pulak dikatakan rasis.

Hakikatnya, sejak Jakim (Baheis) ditubuhkan, tidak pernah sama sekali Jakim mengeluarkan kenyataan menghina bukan Islam, apatah lagi menganiaya. Rata-rata kita lihat Jakim begitu meraikan orang bukan Islam, sehingga kadang kala tenggelam identiti Melayu Islam itu sendiri.

Kini, saya terkejut beruk, apabila ‘si sepet’ ini dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM). Kepakaran komunikasi dan multimedia apa yang beliau miliki sehingga dilantik menjadi ahli majlis.

Apakah kita sudah ketandusan pakar sehingga terpaksa memilih ‘si sepet’ ultra kiasu ini. Apakah lambakan universiti kita yang ada sudah kekurangan pakar komunikasi dan media.

Jika beliau tidak mengguris hati kami, kita tak kisah sangat. Lantiklah siapa pun. Tetapi, apabila kenyataan beliau begitu mengguris dan menghiris, tiba-tiba dilantik, apa alasan apa?

Sebelum ini, ‘si sepet’ ini turut dilantik sebagai wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) antara 15 ahli MPKM. Dah lah dia menghina Islam, dilantik pula menjadi wakil negara. Tidakkah ini akan merosakkan imej negara di persada antarabangsa?

Wahai menteriku! Bertindaklah secara bijaksana ketika rakyat mula menaruh harapan kepada PN. Kita tidak menafikan wakil bukan Islam, tetapi lantiklah mereka yang tidak mengguris dan menghiris hati kita.

Saya pun sepet juga, tetapi masih kekalkan keturunan sepet saya iaitu TEE, kerana saya tetap sepet sampai bila-bila kerana inilah indahnya ciptaan Allah. Tak teringin pulak nak letak nama ‘omputih’ macam ultra kiasu ini.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini telah disiarkan lebih awal di Facebook Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close