Berita Utama

JAWI benar masjid, surau dibuka untuk solat Jumaat, jemaah esok

Kebenaran tertakluk jumlah satu pertiga had kapasiti dewan solat utama

BANGI, 23 Syawal 1441H, Isnin – Masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan kecuali di zon merah, dibenarkan dibuka bagi menunaikan solat Jumaat dan berjemaah bermula esok.

Ketetapan itu dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan perkembangan situasi semasa serta pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan serta keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini. 

Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan berkata, kebenaran itu tertakluk kepada jumlah satu pertiga had kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau terlibat serta jemaah dalam kalangan warganegara Malaysia sahaja. 

“JAWI ingin mengingatkan agar segala garis panduan serta SOP berkaitan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah ditetapkan terus dipatuhi dan semoga umat Islam dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan meningkatkan amalan ibadah serta berdoa agar penularan wabak COVID-19 dalam negara segera berakhir,” katanya, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close