Berita Utama

Prasekolah, tabika dibuka semula 1 Julai

Kebenaran itu diberikan selepas KKM bentang kertas kerja hari ini

KUALA LUMPUR, 23 Syawal 1441H, Isnin – Semua prasekolah dan tabika akan dibuka kembali bermula 1 Julai ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata cadangan pembukaan semula institusi terbabit berserta prosedur operasi standard (SOP) berkaitan telah dibentangkan Kementerian Pendidikan (KPM) pada mesyuarat khas hari ini.

Katanya keputusan itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah KPM, 7,887 prasekolah swasta, 1,781 tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara serta 8,530 tabika kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

SOP terperinci mengenai pembukaan semula institusi itu akan diumumkan KPM dalam masa terdekat, katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP), di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button