Berita Utama

Rakyat disaran buat ujian COVID -19, 3 hari sebelum pulang ke tanah air

Terdapat isu tempoh waktu menunggu ujian terlalu lama

PUTRAJAYA, 23 Syawal 1441H, Isnin – Rakyat Malaysia di luar negara disarankan membuat ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum mereka pulang ke tanah air, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ia berikutan terdapat isu tempoh waktu menunggu yang terlalu lama apabila mereka yang pulang dari luar negara tiba di lapangan terbang untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

“Ada kemungkinan jika mereka tidak dapat keputusan ujian swab dalam sehari, mereka akan dihantar ke pusat kuarantin di institut-institut latihan awam sehingga keputusan itu keluar.

“Oleh itu, sebagai pilihan kepada rakyat kita yang ingin pulang dan tidak menunggu lama di lapangan terbang, mereka disarankan membuat saringan COVID-19 tiga hari sebelum mereka pulang,” katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di sini, hari ini.

Mereka yang telah menjalani saringan di luar negara, kata beliau, perlu mendapatkan sijil pengesahan bahawa keputusan mereka negatif serta mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memuat turun aplikasi MySejahtera, wajib pakai gelang tangan kuarantin dan kuarantin di rumah selama 14 hari. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close