Berita UtamaDunia

Taliban lancar 222 serangan dalam seminggu, korban 400 tentera

Serangan meningkat sejak militan tandatangan perjanjian dengan AS

KABUL, 23 Syawal 1441H, Isnin – Pemerintah Afghanistan mengatakan militan Taliban telah membunuh serta mencederakan lebih daripada 400 anggota keselamatan dalam tempoh seminggu.

“Dalam masa satu minggu ini, Taliban melakukan 222 serangan terhadap pasukan keamanan Afghanistan, yang mengakibatkan kematian dan kecederaaan 422 anggota,” kata pegawai pemerintah, Tareq Arian pada sidang media di Kabul, semalam.

Beliau juga menyalahkan Taliban karena menyasarkan ulama dalam usaha untuk memberikan ‘tekanan psikologi’ kepada pemerintah.

“Ini adalah tujuan Taliban untuk menyasarkan para agamawan, terutama dalam dua minggu terakhir,” katanya.

Pada hari Jumaat lalu, berlaku letupan bom di sebuah masjid di ibu negara Afghanistan, sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang termasuk imam.

Serangan itu berlaku hanya seminggu selepas serangan yang dituduh dilakukan oleh kumpulan pengganas, Daesh Takfiri di sebuah masjid di pinggir daerah diplomatik Kabul.

Jurucakap Majlis Keselamatan Nasional Afghanistan, Javid Faisal berkata, Taliban tidak mengurangkan, malah meningkatkan serangan mereka di seluruh negara.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini memberi amaran tentang peningkatan keganasan terhadap orang awam dan ‘kemerosotan’ dalam menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Afghanistan.

Keganasan telah meningkat walaupun terdapat perjanjian antara Taliban dan Amerika Syarikat (AS). 

Data rasmi menunjukkan bahawa pengeboman Taliban dan serangan lain telah meningkat 70 peratus sejak kumpulan militan menandatangani perjanjian dengan AS pada bulan Februari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close