Berita UtamaPendapat

Desakan ISMA, NGO Islam berjaya lucutkan Eric Paulsen dalam MPKM

Kenapa Saifuddin obses dengan peguam lukakan hati Islam?

ALHAMDULILLAH. Satu lagi berita gembira dan kemenangan bagi umat Islam.

Rujukan berita: https://ismaweb.net/2020/06/16/selepas-desakan-isma-dan-ngo-ngo-eric-paulsen-bukan-lagi-ahli-mpkm/

Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melalui kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusatnya, Ir Muhammad Lukman Al Hakim pada 12 Jun 2020 adalah pihak terawal mendesak supaya pelantikan Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) dilucutkan.

Bantahan ini juga disuarakan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain di bawah Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang juga gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia.

Sumber berita : https://ismaweb.net/2020/06/12/desak-tarik-balik-lantikan-eric-paulsen-anti-islam-sebagai-ahli-mpkm/

Yang menghairankan, tidak ada parti-parti politik lain, selain UMNO dan PAS, yang telah membuat bantahan terhadap perlantikan di atas.

Untuk rekod, ISMA pernah pada 7 September 2015 menyaman peguam ini kerana telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat fitnah terhadap ISMA melalui akaun Twitternya pada bulan Januari 2015.

Eric Paulsen kalah dan terpaksa membuat kenyataan yang membersihkan nama pergerakan dan NGO Islam ini dari tuduhan fitnahnya.

Satu fakta yang menarik, ketika menjawat sebagai Menteri Luar di zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah, Datuk Seri Saifuddin Abdullah telah melantik Eric Paulsen, peguam yang “celupar” mulutnya terhadap umat dan institusi Islam sebagai sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021.

Sumber berita: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/519728/eric-paulsen-wakil-baharu-malaysia-ke-aichr

Di zaman Perikatan Nasional (PN) memerintah pula, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang memegang jawatan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia juga telah melantik Eric Paulsen, peguam yang sama sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Kita tertanya-tanya, kenapa Datuk Saifuddin begitu “obses” sangat dengan Eric Paulsen ini?

Kenapa peguam yang pernah melukakan hati umat Islam begitu digemari oleh kedua-dua Pakatan Harapan (PH) dan PN?

Adakah kerana pandangan-pandangan liberal beliau?

Mana-mana parti atau gabungan parti-parti politik yang menjadi kerajaan tidak boleh merasa selesa sangat. Umat Islam akan tetap memantau, menegur dan mengkritik pelantikan-pelantikan seperti ini.

Kita tunggu pula adakah pihak kerajaan PN hari ini mempunyai keberanian untuk membatalkan perlantikan Eric Paulsen (di zaman pemerintahan PH) sebagai wakil Malaysia ke AICHR.

Muhammad Luttfi Abdul Khalid.
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close