Berita Utama

Selepas desakan ISMA dan NGO-NGO, Eric Paulsen bukan lagi ahli MPKM

Keputusan tidak jejaskan fungsi MPKM yang baru ditubuh 9 Jun

BANGI, 24 Syawal 1441H, Selasa – Selepas desakan bertalu-talu dari NGO, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengumumkan Eric Paulsen tidak lagi menjadi Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat kementerian itu hari ini.

Kementerian dalam kenyataan itu berkata, keputusan itu tidak akan menjejaskan fungsi MPKM, yang baru ditubuhkan pada 9 Jun.

β€œIa akan terus berperanan membincang dan menasihati Kementerian dalam pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia selaras dengan matlamat KKMM,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini mengumumkan penubuhan MPKM sebagai satu platform bagi kerajaan membincang dan mendapatkan input daripada semua pemegang taruh dalam merencanakan pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia.

MPKM dipengerusikan oleh menteri dan dianggotai 15 ahli yang merangkumi pengurusan tertinggi KKMM, wakil-wakil dari masyarakat sivil, ahli akademik, badan pemikir, pakar sesuatu bidang, badan profesional, badan perniagaan dan sebagainya.

Bagaimanapun, pelantikan baharu Eric di bawah kementerian komunikasi mendapat bantahan dan tentangan banyak pihak termasuk gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) dan Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA).

Eric terkenal dengan kelantangan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Islam dan institusi Islam.

Beliau pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan di media sosial mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis.

Kenyataan beliau yang menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

Eric juga pernah mengkritik pelaksanaan undang-undang hudud sebagai tidak berpelembagaan, zalim dan tidak sesuai pada zaman moden.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close