Dunia

20 tentera India maut bertempur di sempadan dengan China

Diplomat cuba akhiri konflik dengan pertemuan tetapi masih gagal

NEW DELHI, 25 Syawal 1441H, Rabu – Sekurang-kurangnya 20 tentera India terbunuh dalam pertempuran ganas dengan pasukan keselamatan China di sempadan, dalam kemelut sejak beberapa minggu di Himalaya Barat. 

Tentera India dalam satu kenyataan berkata, seramai 17 anggotanya yang cedera parah terbunuh, selain dua lagi meninggal dunia sebelumnya. 

Pasukan itu tewas di zon bertugas dan terdedah kepada suhu di bawah sifar di kawasan tinggi, menjadikan jumlah yang terbunuh kepada 20 orang, kata kenyataan itu. 

Kenyataan itu berkata, India komited untuk melindungi integriti wilayah dan kedaulatan negaranya.

Konflik tercetus secara teratur antara kedua-dua wilayah di kawasan sempadan sepanjang 3,500 kilometer – yang tiada tanda sempadan dengan tepat. Ribuan tentera dari dua jiran bersenjata nuklear terbabit dalam pertempuran terakhir sejak Mei di wilayah Ladakh, bersempadan dengan Tibet.

Pegawai India mendakwa, tentera China melintasi sempadan di tiga titik berbeza, mendirikan khemah dan pos pengawal serta mengabaikan amaran lisan untuk beredar. 

Perkara itu sekali gus mencetuskan pertengkaran dan pergaduhan. 

Pegawai dan diplomat tentera telah mengadakan beberapa siri pertemuan untuk mengakhiri konflik, namun sehingga kini tiada kata sepakat berjaya dicapai. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button