Berita Utama

Hina Agong: Banteras segera elemen semai kebencian

Rakyat dituntut taat setia selagi pemerintah tak langgar syariat Islam

BANGI, 25 Syawal 1441H, Rabu – Elemen menyemai kebencian pada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mestilah dibanteras segera kerana ia seumpama barah yang merosakkan dan berupaya melumpuhkan sistem tubuh dalaman sesebuah negera.

Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata demikian susulan laporan berita Ismaweb.net, hari ini bahawa terdapat segelintir netizen berbangsa Cina mengeluarkan komen ‘kurang enak’ dalam berita yang melaporkan mengenai tindakan Agong yang menyantuni rakyat.

Terdapat daripada mereka yang menyifatkan Agong sebagai ‘tidak boleh diharap’ dan ‘tidak prihatin akan kesusahan rakyat.’

Dr Ahmad Sanusi menegaskan, seandainya pemerintah melakukan kemungkaran, atau mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan syariat, maka rakyat berhak memberi teguran. 

Pun begitu, rakyat tidak sewajarnya bertindak sehingga menghina dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya seperti yang diungkapkan oleh netizen-netizen Cina ini.

“Dalam Rukun Negara sendiri telah termaktub bahawa kita mestilah sama-sama melimpahkan ‘Kesetiaan Pada Raja dan Negara.’

“Dalam Islam, selagi mana pemerintah tidak mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan syariat, maka kita dituntut menzahirkan taat setia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Sanusi turut memetik Surah Ali Imran ayat 118 yang menyatakan mengenai kebenaran firman Allah yang memerintahkan muslim agar menjauhi daripada mengambil orang kafir atau munafik itu sebagai pemimpin. 

“Firman Allah: “Telah terzahir kebencian dari mulut mereka dan apa yang terpendam dalam hati mereka lebih dahsyat.”

“Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Qurtubi menjelaskan: “Melalui ayat ini, Allah melarang kaum mukiminin daripada mengambil orang kafir, yahudi atau ahli nafsu sebagai pemimpin atau penasihat, (kaum muslim ditegah dari) meminta pandangan kumpulan seperti ini atau berpegang dangan pandangan mereka.” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close