Berita Utama

KPPK belum cadang jadikan ketum produk komoditi

Jika dilihat terdapat isu negatif, elok KKM selesaikan dahulu

ARAU, 25 Syawal 1441H, Rabu – Kerajaan belum bercadang menjadikan tanaman ketum sebagai satu daripada produk komoditi negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau menjelaskan memang terdapat cadangan mengenai isu tersebut dibangkitkan ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini, namun cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan antara kementerian yang terlibat, sebelum ia boleh dilaksanakan.

“Jika dilihat terdapat isu negatif dan positif dalam soal tanaman ketum dan elok jika Kementerian Kesihatan Malaysia selesaikan isu tersebut dahulu,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan dan ziarah ‘Mahabbah’ (Kasih sayang) ke kediaman Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin di sini, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita apakah pendirian kerajaan terhadap cadangan menjadikan ketum sebagai komoditi di negara ini.

Sebagai rekod sebelum ini ketika era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional terdapat cadangan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) agar penanaman ketum dibenarkan sebagai usaha membantu pekebun kecil getah.

Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata kementeriannya kini memberi fokus kepada tanaman lain sedia ada, yang turut membantu meningkatkan ekonomi negara.

“Tumpuan kementerian ketika ini adalah untuk memperkasakan hasil komoditi sedia ada seperti kelapa sawit, getah, kayu kayan, koko dan kenaf terlebih dahulu, kemudian baru kita melihat hala tuju yang lebih besar,” katanya.KPPK BELUM BERCADANG JADIKAN KETUM SEBAGAI PRODUK KOMODITI
ARAU, 16 Jun (Bernama) — Kerajaan belum bercadang menjadikan tanaman ketum sebagai satu daripada produk komoditi negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau menjelaskan memang terdapat cadangan mengenai isu tersebut dibangkitkan ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini, namun cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan antara kementerian yang terlibat, sebelum ia boleh dilaksanakan.

“Jika dilihat terdapat isu negatif dan positif dalam soal tanaman ketum dan elok jika Kementerian Kesihatan Malaysia selesaikan isu tersebut dahulu,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan dan ziarah ‘Mahabbah’ (Kasih sayang) ke kediaman Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin di sini, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita apakah pendirian kerajaan terhadap cadangan menjadikan ketum sebagai komoditi di negara ini.

Sebagai rekod sebelum ini ketika era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional terdapat cadangan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) agar penanaman ketum dibenarkan sebagai usaha membantu pekebun kecil getah.

Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata kementeriannya kini memberi fokus kepada tanaman lain sedia ada, yang turut membantu meningkatkan ekonomi negara.

“Tumpuan kementerian ketika ini adalah untuk memperkasakan hasil komoditi sedia ada seperti kelapa sawit, getah, kayu kayan, koko dan kenaf terlebih dahulu, kemudian baru kita melihat hala tuju yang lebih besar,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close