Berita Utama

PDRM perkenal MyPelawat pantau orang awam di Bukit Aman

Bertujuan kekang COVID-19 di premis selaras protokol diumum KKM

KUALA LUMPUR, 25 Syawal 1441H, Rabu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan sistem aplikasi MyPelawat yang bertujuan memantau pergerakan keluar masuk orang awam di ibu pejabat polis Bukit Aman, di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata sistem aplikasi itu juga bertujuan mengekang penularan COVID-19 di semua premis pasukan, selaras dengan protokol yang diumum Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau berkata setakat ini sistem berkenaan hanya diperkenalkan di peringkat Bukit Aman sahaja dan ia akan diperluaskan ke semua peringkat ibu pejabat kontinjen, ibu pejabat daerah serta balai polis seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Menurutnya orang awam kini boleh mengisi butiran diri menerusi sistem berkenaan untuk melakukan urusan di Bukit Aman yang sebelum ini hanya boleh dilakukan secara manual, dan semasa ditanya mengenai keselamatan data maklumat orang awam yang menggunakan sistem ini, katanya kesemua data disimpan dalam rekod PDRM.

“Kesemua data pelawat akan disiimpan dalam rekod PDRM, kami mempunyai data bank sendiri…maka segala rekod jumlah pelawat di Bukit Aman akan diperolehi secara langsung dan PDRM dijangka berterusan menggunakan sistem ini walaupun tempoh penularan wabak COVID-19 berakhir,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran sistem MyPelawat itu di Bukit Aman, di sini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button