Berita Utama

Pemilikan tanah: Jangan biar Melayu merempat di negara sendiri

Usah ulang kesilapan pemimpin lalu, pertahan tanah milik datuk nenek

BANGI, 25 Syawal 1441H, Rabu – Orang Melayu diingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan pemimpin serta generasi lalu terhadap pemilikan tanah di negara ini sehingga merugikan bangsa sendiri.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, setiap daripada orang Melayu perlu mempertahan dan membangunkan tanah-tanah milik datuk nenek. 

“Usah diulangi kesilapan pemimpin dan generasi yang lalu. Jangan biarkan umat ini merempat di negeri sendiri,” katanya  dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas data yang dikeluarkan National Agenda Secretariat (NAS) berhubung pemilikan tanah antara individu yang terkaya di Malaysia. 

Menerusi dapatan itu, hanya dua orang Melayu daripada 15 individu terkaya menguasai pemilikan tanah di negara ini iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dan Datuk Amar Sapawi, masing-masing hanya satu peratus dan 0.2 peratus sahaja. 

Sementara, pemilik syarikat IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng memegang pemilikan terbesar iaitu 39 peratus, diikuti  Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) 30.8 peratus dan Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Group) 29 peratus.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close