Berita Utama

Polis minta masyarakat lapor pelanggaran SOP di premis

Pihak berkuasa tak mampu pantau kesemua premis semasa PKPP

KUALA LUMPUR, 25 Syawal 1441H, Rabu – Polis meminta orang ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya ada premis termasuk zoo yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata ini kerana pihak berkuasa tidak mampu untuk memantau kesemua premis yang beroperasi di seluruh negara semasa fasa PKPP.

“Untuk menjaga setiap premis adalah tidak munasabah, maka jika ada laporan mengenai perkara sedemikian oleh mana-mana pihak, polis akan mengambil tindakan termasuk mengenakan kompaun,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran MyPelawat di Bukit Aman, di sini hari ini.

Katanya polis akan melakukan pemantauan sekiranya melihat orang ramai berkumpul di satu-satu kawasan.

Sebelum ini media melaporkan berlaku pelanggaran SOP jarakan sosial di sebuah zoo di negara ini.

Pada 14 Jun lepas, Bernama melaporkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai berkata kebebasan orang ramai di kawasan tumpuan awam seperti Zoo Negara boleh ditarik balik sekiranya dikesan gagal mematuhi SOP yang ditetapkan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close