Berita Utama

PRK Chini: Bersatu tak letak calon, mahu bantu wakil PN

Beri sokongan penuh kepada calon BN wakili blok kerajaan

BANGI, 25 Syawal 1441H, Rabu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang akan diadakan pada 4 Julai ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dibuat untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon yang akan diputuskan oleh Barisan Nasional (BN) bagi mewakili Perikatan Nasional (PN). 

“Seluruh jentera Bersatu juga akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun akibat serangan jantung pada 6 Mei lalu. 

SPR menetapkan PRK DUN Chini pada 4 Julai dengan 20 Jun ini sebagai hari penamaan, manakala hari pengundian awal pada 3 Jun.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button