Berita UtamaDunia

Chile perketat perintah berkurung selepas kes COVID-19 lebih 200,000

Penduduk hanya dibenar tinggalkan rumah dua kali seminggu

SANTIAGO, 25 Syawal 1441H, Khamis – Pemerintah Chile mengumumkan pengetatan perintah berkurung dan sekatan pergerakan secara maksimum di ibu kota Santiago ketika jumlah kes pandemik COVID-19 disahkan melebihi 200,000.

Kementerian Kesihatan dalam satu sidang media berkata, jumlah kes coronavirus adalah sebanyak 220,628 kes.

Dalam taklimat bersama oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan, pemerintah mengatakan bahawa penduduk Santiago akan diberi izin untuk meninggalkan rumah mereka hanya dua kali seminggu – bukannya lima kali – di tengah-tengah kebimbangan bahawa penutupan sehingga tiga bulan di beberapa bahagian ibu negara belum berjaya menghentikan penyebaran virus.

Langkah-langkah baru tersebut meliputi peningkatan kawalan dari pihak polis di seluruh negara, serta hukuman hingga lima tahun penjara bagi mereka yang melanggar perintah berkurung.

Chile pada hari Isnin melanjutkan tempoh darurat sejak pertengahan Mac selama 90 hari tambahan.

Keputusan itu memberikan pemerintah kuasa luar biasa untuk menyekat kebebasan bergerak dan menjamin bekalan makanan dan perkhidmatan asas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close