Berita Utama

DAP terkenal sikap hipokrit, penting diri

PH tak mungkin rampas kerajaan sekalipun ada sokongan majoriti

BANGI, 26 Syawal 1441H, Khamis – Parti tamak haloba DAP sekali lagi menunjukkan ‘kelemahan’ mereka apabila menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, DAP sebulat suara untuk menyokong Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), sementara Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, parti itu sudah membuat keputusan dan mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuat keputusan dengan segera.

Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia, Haji Aminuddin Yahaya berkata, DAP sudah sekian lama terkenal dengan sikap hipokrit dan mementingkan diri sendiri.

Sebelum ini, parti rasis berkenaan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, namun kini beralih kepada Dr Mahathir.

“Anwar Ibrahim sudah tersepit dan tidak ada pilihan. Beliau perlu keluar dari PH jika benar-benar berani dan mahukan sokongan rakyat.

“Apa-apa pun strategi mereka tidak mungkin mereka akan dapat merampas kembali kerajaan, sebaliknya kemungkinan besar Yang di-Pertuan Agong yang akan membubarkan Parlimen meskipun mereka mempunyai sokongan majoriti sekalipun. Semua harapan mereka akan berkubur,” katanya.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin berkata, pertelagahan yang berlaku selama 20 tahun di antara Ahli Parlimen Langkawi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan terus berlangsung, meskipun PH sekali lagi menjadi kerajaan.

“Persoalannya, apakah rakyat masih boleh percaya dengan PH?

“Semua sudah maklum bahawa Dr Mahathir bukan seorang yang boleh dipercayai cakap dan janjinya. Jelas beliau tidak suka dan tidak akan beri (jawatan) kepada Anwar. Apa lagi bukti yang rakyat mahu?

“Perkelahian akan berlaku dan ekonomi negara akan terus menjunam malah, rakyat akan terus menderita apabila pemimpin berkelahi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button