Berita Utama

Emirates sambung semula penerbangan dari Kuala Lumpur

Pelancong Malaysia boleh dihubungkan hingga ke 39 destinasi

KUALA LUMPUR, 26 Syawal 1441H, Khamis – Emirates akan menyambung semula penerbangannya untuk penumpang dari Kuala Lumpur, sejajar dengan pengumuman terkini oleh Kerajaan Persekutuan UAE untuk menarik balik sekatan ke atas perkhidmatan penumpang transit.

Dalam kenyataan hari ini, katanya, pelancong dari Malaysia boleh dihubungkan ke mana-mana destinasi dalam rangkaian Emirates sebanyak 39 destinasi di GCC, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika.

“Perkhidmatan untuk penumpang antara Dubai dan┬áKuala Lumpur, yang bermula pada 17 Jun, akan ditawarkan sebanyak dua kali seminggu pada Jun, dengan pesawat Boeing 777-300ER.

“Di Kuala Lumpur, pelanggan boleh menempah penerbangan di EK347 ke Dubai pada Rabu dan Sabtu, dan seterusnya ke destinasi yang terdapat dalam rangkaian Emirates,” katanya.

Katanya, sebanyak sembilan destinasi telah ditambah dalam jadual penerbangan Emirates termasuk Colombo (mulai 19 Jun), Istanbul (mulai 25 Jun); Auckland, Beirut, Hanoi dan Ho Chi Minh (mulai 1 Julai); serta Barcelona, Brussels dan Washington DC (mulai 15 Julai).

“Penerbangan Emirates dari┬áColombo dan Vietnam hanya membawa penumpang keluar ke UAE dan destinasi seterusnya. Penerbangan ke Beirut dan Hanoi adalah tertakluk kepada kelulusan kerajaan,” katanya.

Selain itu, syarikat penerbangan juga akan menambah penerbangan ke Kuala Lumpur dan destinasi berikutnya pada Julai: London Heathrow, Manchester, Frankfurt, Paris, Zurich, Madrid, Amsterdam, Copenhagen, Dublin, New York JFK, Toronto, Singapura dan Hong Kong.

“Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penerbangan Emirates dan perkhidmatan semasa di www.emirates.com/wherewefly. Dengan sekatan perjalanan yang masih terdapat di kebanyakan negara, pelanggan diingatkan untuk menyemak syarat masuk dan keluar sebelum memulakan perjalanan mereka,” katanya.

Pelancong hanya akan diterima dalam penerbangan jika mereka memenuhi syarat kriteria kelayakan dan kemasukan negara destinasi mereka.

“Penduduk yang kembali ke UAE boleh menyemak syarat terkini di https://www.emirates.com/my/english/help/flying-you-home/,” katanya. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close