Berita Utama

Isu jawi: Timbalan Menteri Pendidikan tunjuk belang rasis MCA

MCA masih tak ambil pengajaran kesilapan PH politik isu jawi

BANGI, 26 Syawal 1441H, Khamis – Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkenaan isu tulisan jawi di sekolah vernakular, sekali lagi menunjukkan belang rasis parti perkauman MCA.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat berkata, Timbalan Menteri Pendidikan sengaja menimbulkan perasaan paranoid pembelajaran tulisan berkenaan dalam kalangan pelajar bukan Melayu.

Meskipun hanya memiliki dua kerusi di Parlimen, MCA masih tidak mengambil pengajaran daripada kesilapan Pakatan Harapan (PH) yang rakus mempolitikkan isu jawi.

“Pengajaran jawi adalah bertujuan menerapkan nilai warisan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan identiti negara.

“Malang sekali, negara kita sudah pun merdeka selama 63 tahun, tetapi Timbalan Menteri Pendidikan masih bersikap meminggirkan salah satu warisan penting negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Hang Soon berkata, pihaknya masih belum ada kata putus berkenaan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular pada tahun hadapan.

Beliau berkata, wabak COVID-19 telah menyebabkan sesi persekolahan terhenti dan dalam tempoh itu, sebahagian kerja-kerja di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tertangguh.

“Oleh sebab itu, belum ada kata putus berkenaan bab pembelajaran Jawi tahun hadapan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close