Berita UtamaPendapat

Kerusi tradisi kepala bapa MCA

Umpama simpan biawak hidup, MCA lawan balik penyokong Islam

MASIH ingat artikel saya dua hari lepas mengenai MCA? Hari ini meletup.

Apabila baru satu isu kerusi parlimen majoriti Melayu yang ditandingi oleh MCA dibangkitkan seperti di Tanjung Malim, tiba-tiba MCA seperti cacing kepanasan dengan mengatakan bahawa itu kerusi tradisinya.

Parti itu memberikan gambaran, jangan ada yang berani usik. Walaupun ia kalah.

Ini belum termasuk kerusi ‘bapanya’ yang lain termasuk kawasan majoriti Melayu yang ia gagal untuk menang. Contohnya seperti kerusi tradisi bapak MCA Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

1)Kuantan dikomposisi seramai 67 peratus Melayu – MCA kalah

2)Alor Setar dikomposisi seramai 64 peratus Melayu – MCA kalah

3)Alor Gajah dikomposisi seramai 61 peratus Melayu – MCA Kalah

4)Padang Serai dikomposisi seramai 59 peratus Melayu – MCA kalah

5) Ayer Hitam dikomposisi seramai 58 peratus Melayu – MCA menang undi Melayu

6)Tanjung Piai dikomposisi seramai 67 peratus Melayu – MCA kalah PRU14, menang Pilihan Raya Kecil (PRK) hasil daripada undi Melayu

7)Tanjung Malim dikomposisi seramai 56 peratus Melayu – MCA kalah

8)Ampang dikomposisi seramai 56 peratus Melayu – MCA kalah

9)Selayang dikomposisi seramai 53 peratus Melayu – MCA kalah

10)Raub dikomposisi seramai 52 peratus Melayu – MCA kalah

Jangan kira lagi kawasan Melayu hampir 50 peratus yang ditandingi MCA atas nama kerusi tradisi seperti, Bangi (49 peratus Melayu), Seremban (49 peratus Melayu), Tebrau (48 peratus Melayu), Bentong (47 peratus Melayu), Petaling Jaya (47 peratus Melayu), Pandan (46 peratus Melayu).

Kalau kerusi ini nak diberikan kepada MCA, saya masih bolehlah terima. Tetapi bukan kerusi majoriti Melayu 52 peratus ke atas.

Jika tanya pada saya, kerusi parlimen Ayer Hitam pun MCA tidak layak untuk bertanding.

Ini kerana kemenangannya dalam hasil sokongan Melayu. PRU15 belum tentu presidennya boleh menang.

Maaflah kali ini guna bahasa kasar kepala atuk, dan kepala bapak. Jika itu kerusi tradisi atuk dan bapak MCA, kenapa kamu lingkup dalam PRU14?

Dasar tidak tahu malu, kekuatan tidak ada, tumpang undi Melayu untuk menang, kemudian nak berlakon jadi hero.

Perikatan Nasional (PN) tanpa parti ultra kiasu ini, pastikan akan menang di kawasan majoriti Melayu pada PRU15 akan datang.

Kerusi majoriti Melayu separa dan luar bandarlah yang paling banyak di parlimen.

Justeru, kenapa mahu menempa kekalahan lagi dengan memberikan kepada MCA. MCA menang sekalipun tidak menguntungkan Islam.

Saya ingin ingatkan parti ultra kiasu yang tidak ada kekuatan ini, kerusi kamu yang sebenar adalah di kawasan majoriti Cina.

Pergi main jauh-jauh kat sana, jangan kacau kat sini. Begitu banyak kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Cina, kawasan majoriti Melayu yang kamu idamkan.

Kamu, MCA ultra kiasu pasti akan kalah jika Pakatan Harapan (PH) meletakkan calonnya, sekiranya tanpa sokongan orang Melayu (UMNO dan PAS).

Ingatan saya kepada UMNO dan PAS, jika kamu menangkan juga MCA di sana, bertambah lagi kerusi dia, makin bongkak dan ultra kiasu dia.

MCA akan minta macam-macam. Makin ultra kiasu dia. Makin kuat dia mengguris dan menghiriskan hati-hati umat Islam Melayu seperti sebelum ini.

Masuklah bertanding wahai UMNO, jangan pedulikan MCA.

Biarlah MCA tidak mengundi calon UMNO di Tanjung Malim. Tidak mengapa. UMNO tetap akan menang walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru.

Undi solid UMNO dan PAS sudah cukup untuk memenangkan calon UMNO di sana.

Percayalah, terlalu sukar untuk untuk Cina mengundi MCA, walaupun MCA parti Cina tulen. Cina tetap pilih DAP.

Pandai kamu MCA nak menumpang tuah hasil Muafakat Nasional (MN). Nanti bila kamu menang lebih kerusi, lagi kuat kuasa ugut kamu dalam PN.

Kamu pula jadi ‘king maker’. Ketika itu MCA akan menjadi semakin kuat, malah terduduklah UMNO dan PAS dalam MN.

Lebih elok PN mendekati Parti Cinta Malaysia (PCM) yang boleh menjadi wakil orang Cina.

Parti ini lebih mesra Melayu dan Islam, dan tidak pernah mengguris dan melukai hati-hati Melayu dan Islam.

Menyokong MCA ibarat menyimpan biawak hidup.

Melayu Islam menangkan dia, dia lawan balik Melayu Islam. Malah, dia menjadi rasis, secina-cinanya.

Berbaloikah menyimpan biawak hidup ini?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button