Pendapat

Kritikan terhadap kerajaan PN

Anggota Kabinet ketika ini terlalu bergantung harap kepada PM

1.  TERLALU besar: Ahli Kabinet yang dilantik oleh TSMY terlalu ramai. Ia terdiri daripada 32 portfolio dan termasuk 38 orang timbalan menteri. Tujuh kementerian mempunyai dua timbalan menteri. Saiz kabinet yang terlalu besar pastinya akan menelan kos pengurusan yang tinggi pada ketika negara sedang bergelut dengan masalah kemelesetan ekonomi yang serius

2. Terlalu selesa: Akibat bilangan Ahli Kabinet yang besar, sebahagian menteri dan timbalan menteri dilihat kurang berprestasi dan hanya menjadi penumpang, berselindung di sebalik PM dan beberapa figura ahli politik yang lain. Fenomena ini amat ketara sepanjang tempoh PKP dan PKPB yang lalu

3) Terlalu tidak stabil: Disebabkan memiliki majoriti Ahli Parlimen yang terlalu sedikit, serta pergeseran dalaman parti politik dalam pendirian membentuk pakatan yang rapuh, kerajaan PN dilihat amat tidak stabil dan boleh tumbang bila-bila masa sahaja. Misi dan visi yang besar untuk berkhidmat demi manfaat rakyat dan kemakmuran negara perlu dijadikan ‘the big why’ bagi membentuk agenda perjuangan yang disepakati bersama

4. Terlalu baru: Tidak dinafikan juga ramai di kalangan menteri dan timbalan menteri yang dilantik pertama kali dan sangat mentah. Mereka juga kurang pengalaman dalam tadbir urus awam (public service) mahupun korporat. Tambahan pula, sebahagian mereka memegang portfolio yang bukan merupakan bidang kepakaran sendiri

5. Terlalu bergantung kepada PM: Kepimpinan TSMY yang agak menonjol terutama dalam menangani isu COVID-19 dan kemelesetan ekonomi negara menyebabkan peranan menteri dan timbalan menteri yang lain agak tenggelam terutama kementerian yang tidak begitu besar. Selain menteri kewangan, pertahanan dan pendidikan, peranan dan fungsi kementerian lain sepanjang 3 bulan pertama agak sunyi. Malah DS Azmin Ali dan DS Fadillah Yusof sebagai menteri kanan pun tidak begitu menonjol membantu PM

6. Terlalu bermain secara selamat (play safe): Tidak berani menyatakan pandangan dan pendirian tegas dalam beberapa isu sensitif nasional seperti hubungan dengan Israel, One Belt, One Road (OBOR), Universal Periodic Review (UPR), status sekolah vernakular, pendatang haram China yang masuk ke Malaysia dan tidak keluar-keluar, royalti minyak, isu perpaduan nasional, industri arak dan pelacuran yang berleluasa dan banyak lagi.

Sekian sahaja kritikan rakyat di bawah untuk tindakan abah!

Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button