Berita UtamaIstimewa

Pelampau hina Agong tak layak tinggal di Malaysia

Kedudukan raja-raja Melayu dijaga Perlembagaan, tak boleh pertikai

BANGI, 26 Syawal 1441H, Khamis – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin merasakan mereka yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah pelampau yang tidak layak untuk tinggal di Malaysia.

Beliau menegaskan, ini kerana terdapat beberapa perkara termaktub dalam Perlembagaan yang tidak seharusnya dipertikaikan kedudukannya.

“Antaranya ialah kedudukan raja-raja Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa Melayu dan Bumiputera serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau sekali lagi menegaskan bahawa individu yang tidak menghormati YDPA sama sekali tidak layak untuk menjadi rakyat Malaysia bahkan tinggal di negara ini.

“Mereka yang biadab terhadap Agong yang telah terbukti membuktikan kepimpinannya yang begitu baik, adalah kelompok yang tidak layak untuk tinggal di Malaysia,” katanya.

Semalam, Ismaweb.net melaporkan terdapat segelintir netizen berbangsa Cina mengeluarkan komen ‘kurang enak’ dalam berita yang melaporkan mengenai tindakan Agong yang menyantuni rakyat.

Terdapat daripada mereka yang menyifatkan Agong sebagai ‘tidak boleh diharap’ dan ‘tidak prihatin akan kesusahan rakyat’.

Foto Seri Paduka sedang menikmati roti tempayan yang dihidangkan dalam pinggan, tanpa sebarang protokol dan penuh santai menjadi tular selepas dimuat naik laman Facebook Istana Negara.

Baginda ketika itu dilaporkan dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Sungai Soi yang menempatkan 40 individu kurang bernasib baik.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button