Berita Utama

Permohonan injunksi sementara dalam Bersatu Tun M pada 9 Julai

Permohonan bagi pastikan defendan tak ambil tindakan salah

KUALA LUMPUR, 27 Syawal 1441H, Jumaat – Peguam, Haniff Khatri menjelaskan bahawa perintah sementara dalam permohonan di Mahkamah Tinggi semalam tidak sama dengan permohonan dalam tindakan utama mengenai keanggotaan dan jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen yang lain.

Menurutnya, ia juga termasuk kedudukan Datuk Marzuki Yahya sebagai Setiausaha Agung.

Katanya, permohonan perintah sementara itu dibuat bagi memastikan defendan tidak mengambil tindakan salah di masa depan.

Selepas tarikh perintah sementara itu katanya, jika diutarakan ia boleh menjejaskan isu-isu semasa sehingga tindakan utama didengar dan diputuskan.

“Oleh kerana permohonan perintah sementara tidak dapat didengar dan harus ditangguhkan kerana defendan memerlukan masa untuk memasukkan afidavit mereka, kami meminta injunksi ad-interim berkuat kuasa dari hari Rabu sehingga 9 Julai depan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, injunksi ad-interim itu bagi memastikan defendan tidak melangkah lebih jauh atau berlaku perbuatan salah sehingga mahkamah berpeluang mendengar dan memutuskan permohonan perintah sehingga pada 9 Julai ini.

Menurutnya, ini tidak bermaksud mahkamah memutuskan bahawa Tun Dr Mahathir bukan ahli Bersatu atau Ketua parti berkenaan, begitu juga empat ahli Parlimen lain sebagaimana laporan yang disiarkan semalam.

Laporan itu katanya, memberi kesan awam bahawa pengadilan memutuskan untuk memutuskan kes tersebut terhadap plaintif, hakikatnya mahkamah belum memutuskannya sehingga menjelang 9 Julai ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button