Berita Utama

COVID-19: Kes baharu kembali 1 angka kepada 6

KKM turut kesan kluster baru iaitu di Kidurong, Sarawak

PUTRAJAYA, 28 Syawal 1441H, Jumaat – Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini kembali kepada satu angka membabitkan hanya enam jangkitan, menjadikan jumlah kes positif kepada 8,535 kes, manakala kluster baru dikesan di Kidurong dekat Bintulu, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 70 kes pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,070 kes iaitu 94.6 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 344 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button