Cuaca panas korbankan 9 nyawa di Mauritania
Suhu capai lebih dari 40 darjah Celcius

NOUAKCHOTT, 27 Syawal 1441H, Jumaat – Kira-kira sembilan orang mati kerana suhu di Mauritania mencapai lebih dari 40 darjah Celsius semalam, lapor pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Sembilan penduduk bandar Al-Maddah, di Utara negara itu, meninggal dunia, lapor Agensi Berita Mauritanian (AMI) yang memetik kenyataan Ketua Doktor Hospital Bandar Aoujeft, Mohamed Ghali.
Mohamed berkata, bahawa tujuh orang tua adalah antara mereka yang meninggal dunia.
Susulan cuaca panas itu, pegawai kesihatan menuntut penduduk untuk meningkatkan pengambilan cecair dalam tempoh ini, serta menjaga anak-anak dan orang tua.
Kawasan besar di Mauritania telah mengalami gelombang panas sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan suhu di beberapa kawasan melebihi 40 darjah Celsius. – Agensi