Berita Utama

Ekspatriat pengurusan tertinggi kini dibenar masuk Malaysia

Perlu jalani ujian saringan COVID-19 di negara asal

PUTRAJAYA, 28 Syawal 1441H, Jumaat – Kerajaan kini membenarkan ekspatriat melibatkan pengurusan tertinggi masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 di negara asal sebelum berlepas ke Malaysia atau menjalani saringan sejurus tiba di pintu masuk negara.

“Ekspatriat ini adalah daripada Kategori EP1, Professional Visit Pass dan Residen Pass Talent yang melibatkan pengurusan tertinggi seperti pengarah urusan syarikat,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close