Berita Utama

Pemimpin politik patut contohi keberanian Ayob Khan

Bongkar penyelewengan ada risikonya, namun hidup ini untuk apa?

BANGI, 27 Syawal 1441H, Jumaat – Pemimpin politik sepatutnya mencontohi keberanian serta sikap komited Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay membongkar apa jua penyelewengan yang berlaku di dalam negara ini.

Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, jika mereka yang mempunyai kuasa tidak membongkar, lama kelamaan mereka akan terbiasa menyorok penyelewengan.

“Ketua Polis Johor dulu bongkar tentang kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Tapi dia ditukarkan ke Johor pula. Kini, dia bongkar penyelewengan di Johor pula.

“Bongkar kegiatan penyelewengan dalam pentadbiran negara memang tugas mulia.

“Tapi pembongkaran memang ada risikonya. Nyawa mungkin melayang. Namun, hidup ini untuk apa?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan, tiada pengislahan dan pembangunan dapat dilakukan jika pemimpin berkompromi dengan penyelewengan pentadbiran. 

“Jika tidak bongkar kerana mahu menunggu waktu yang sesuai dan agar pembongkaran itu tidak mati di tengah jalan, tidak mengapa.

“Tapi harus ingat, membiasakan diri dengan penyelewengan yang tidak dibongkar, atas alasan apa sekalipun, akan memakan diri.

“Lama-lama, kitalah penyelewengan itu,” katanya.

Pada masa sama, Ustaz Mohd Hazizi berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu mempunyai peluang untuk membongkar apa-apa penyelewengan. 

“Tapi PH bukan setakat dua kali lima, malah lebih teruk. Hancur negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close