Berita Utama

SPRM digesa siasat dakwaan berkait kekayaan Tun M

Bekas setpol dakwa Tun M mahu jadi PM kerana wang

BANGI, 27 Syawal 1441H, Jumaat – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa satu siasatan dibuat ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad susulan pendedahan Matthias Chang berkenaan di mana bekas Perdana Menteri itu ‘menyimpan’ kekayaannya.

Dalam laporan portal berita Malaysia-Today, bekas Setiausaha Politik, Matthias Chang mendedahkan, punca Dr Mahathir mahu menjadi PM semula adalah kerana wang.

Bahkan, Matthias turut mendedahkan di mana Dr Mahathir menyorok kekayaannya yang mencecah bilion ringgit Malaysia. 

Matthis yang pernah bekerja hampir 19 tahun bersama Dr Mahathir turut memetik nama beberapa hartawan negara termasuk Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dan Tan Sri Vincent Tan yang menjadi antara tempat beliau menyimpan duitnya.

Katanya, baru-baru ini, Syed Mokhtar menjual salah satu syarikat atau aset peribadinya kepada DRB dengan harga RM100 juta.  

“Wah, timingnya lah. Siapa yang sangat memerlukan wang tunai ini?,” soal Mathias.

Mengulas perkara itu, Puad menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat segera Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Matthias juga mendedahkan bahawa Tun M menyumbang paling minimum RM100 Juta untuk PRU. Sebab itu Tun M boleh ‘demand’ jawatan Perdana Menteri,” kata Dr Puad.

Puad menegaskan, Matthias adalah seorang peguam dan juga ‘balaci’ Dr Mahathir sehinggakan boleh membawa kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS). 

“Tun tuduh orang lain kleptokrasi, rupanya Tun M adalah bapa kleptokrasi,” dakwanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button