Berita Utama

Survelan COVID-19 diteruskan walaupun PKPP tamat

Bagi memantau penularan wabak berkenaan dalam komuniti

PUTRAJAYA, 27 Syawal 1441H, Jumaat – Aktiviti survelan atau pemantauan COVID-19 di Malaysia akan diteruskan walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditamatkan nanti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata biarpun jumlah kes harian COVID-19 terkawal dan negara sudah memasuki fasa pemulihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus melaksanakannya bagi memantau penularan COVID-19 dalam komuniti.

“Aktiviti-aktiviti survelan yang dijalankan termasuk survelan klinikal dan juga saringan kumpulan-kumpulan sasar. Aktiviti ini membolehkan pengesanan awal kes COVID-19 di Malaysia dan tindakan pembendungan penularan dapat segera diambil.

“Untuk itu, semua kes positif COVID-19 di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta juga haruslah dinotifikasikan kepada KKM.

“Ini kerana COVID-19 telahpun didaftar sebagai penyakit yang perlu dinotifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close