Berita Utama

Konsep wakaf mampu atasi masalah ‘lintah darat’ naik harga barang

Kewujudan wakaf keselamatan makanan wajar dipertimbang

BANGI, 5 Rejab 1443H, Isnin – Isu kenaikan harga barang bukanlah perkara baharu, namun ia memerlukan penyelesaian tuntas agar rakyat yang ketika ini berdepan lonjakan kes COVID-19 tidak tertekan disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Justeru, penganalisis syariah, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman menyarankan, kerajaan untuk mempertimbangkan kewujudan wakaf keselamatan makanan dalam mengatasi masalah berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, beliau menegaskan, konsep wakaf sebenarnya lebih luas daripada wakaf itu sendiri.

“Bukankah Uthman yang melingkupkan bisnes air Yahudi dengan konsep wakafnya?

“Apabila konsep pahala berterusan itu diaplikasikan dalam keselamatan makanan, maka lingkuplah semua lintah darat tidak ada hati perut itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau kesal segelintir umat Islam tidak memahami konsep wakaf dalam keselamatan makanan.

“Mereka hanya tahu wakaf kubur, wakaf masjid, wakaf Quran, wakaf sejadah sahaja.

“Apakah syariat mengajar kita agar umat ini kaya dengan tanah kubur, masjid, Quran, sejadah, tapi kebulur mengharap simpati lintah darat?

“Apa jenis syariat yang kita faham sebenarnya?” soalnya.

Pautan terdahulu;

Kos meningkat, 25 peratus penternak ayam Selangor gulung tikar

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button