Berita Utama

Air Selangor sedia ujian COVID-19 untuk petugas barisan hadapannya

Jalin kerjasama dengan PPUM libatkan 900 pekerja dikenal pasti

KUALA LUMPUR, 28 Syawal 1441H, Sabtu – Sebagai sebahagian usaha untuk mengekalkan keselamatan dan kesihatan kakitangan serta pelanggan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas petugas barisan hadapannya, yang bermula hari ini.

Kenyataan Air Selangor menyebut ujian itu, yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), akan dilaksanakan apabila perlu dan kira-kira 900 kakitangan telah dikenal pasti di seluruh Pejabat Serantaunya untuk saringan.

“Petugas barisan hadapan Air Selangor yang perlu menjalani ujian COVID-19 adalah termasuk mereka yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, membaca meter, keselamatan dan jawatan terpilih lain yang memerlukan mereka menjalankan tugasan berdekatan pelanggan serta orang awam.

“Inisiatif ini adalah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun oleh kerajaan yang mungkin meningkatkan penglibatan antara orang awam dengan pekerja Air Selangor,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor turut menubuhkan pasukan petugas khas di bawah Seksyen Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) pada 12 Mac bagi membantu kakitangannya menyediakan maklumat terkini, menjawab pertanyaan mengenai COVID-19 serta menjalankan prosedur nyah cemar di semua premisnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif berkaitan COVID-19 atau sebarang perkara berkaitan Air Selangor, sila hubungi 15300, WhatsApp ke 019-2800 919 or 019-2816 793, Media Sosial (Facebook, Twitter, and Instagram) dan e-mel Air Selangor ([email protected]). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button