Berita UtamaPendapat

Hina Agong umpama tolak bangsa Melayu, Islam

Drama mereka telah diskripkan, ramai pemimpin Melayu tertipu

HINA Yang di-Pertuan Agong sebenarnya sama seperti menolak Melayu dan Islam. Ini sikap mereka dan zuriat sampai bila-bila.

Inilah sikap mereka yang sebenar dari dulu hingga sekarang bahkan akan datang.

Mereka tidak akan menerima kepimpinan Melayu dan Islam.

Cuma perwatakan mereka berubah umpama binatang sesumpah apabila membuat penyamaran untuk menjaga kepentingan diri.

Jika dilihat dalam majlis kebesaran negara ketika bersama mereka, kita akan nampak mereka begitu mesra dan amat menghormati majlis tersebut, tetapi awas semuanya sandiwara dan lakonan semata mata.

Drama mereka telah diskripkan dengan baik untuk menambat hati pemimpin Melayu yang ramai tertipu dengan lakonan mereka.

Mereka menghina YDPA bersarapan pagi tanpa protokol diRaja dengan pelbagai ejekan bukan tindakan individu terpencil.

Ianya adalah luahan mereka dan zuriat yang sudah terpendam sejak kedatangan mereka ke Tanah Melayu sebelum merdeka lagi.

Mereka bukan hanya mengejek YDPA tetapi menghina dan mengejek bangsa Melayu keseluruhannya.

YDPA adalah simbol kepimpinan Melayu di negara ini.

Sandiwara itu amat berkesan sehingga boleh menutup semua tipu daya dalam semua tindakan mereka.

Amat malang bila ada pimpinan Melayu yang mempercayai bahkan memuji mereka. Mereka dipuji kerana boleh menyebut Amar Maaruf dan Nahi Mungkar selain menggunakan beberapa istilah Arab dalam kenyataan mereka.

Inilah antara kebodohan pemimpin Melayu. Ada juga pemimpin Melayu yang terpaksa memperbodohkan diri sendiri kerana mengharapkan sesuatu habuan dari mereka.

Ada habuan berbentuk sogokan wang ringgit dan ada yang gilakan kuasa dan kedudukan.

Rela jadi Pak Pandir asalkan dapat kuasa dan pangkat walaupun menjadi boneka semata mata. Satu ketika jadi pak pandir satu ketika jadi pak kaduk.

Beginilah sikap sebahagian pemimpin Melayu bila tiada jati diri dan akhlak yang baik.

Watak mereka bila bersama puak ultra kiasu tidak lebih dari watak pandir dan watak pak kaduk.

Ada yang memegang watak Pak Pandir dan ada yang memegang watak Pak Kaduk bila bersama dengan ultra kiasu. Malang nasib bangsa Melayu bila mempunyai pemimpin sebegini.

Mereka mengejek dan menghina YDPA, namun tiada seorang pun dikalangan pimpinan mereka yang menegur tindakan tersebut.

Bahkan dibiarkan sahaja. Ini menggambarkan sikap hampir keseluruhan mereka. Mereka menolak Melayu dan Islam.

Sikap baik hanya lakonan dan sandiwara bersifat sementara untuk mengaburi dan menutup keburukan mereka.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
YDP ISMA Pasir Puteh
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close