Berita Utama

Kenapa pemimpin ultra kiasu tak tegur netizen Cina hina Agong?

Kebodohan pemimpin Melayu harap habuan wang ringgit

BANGI, 28 Syawal 1441H, Sabtu – Tindakan netizen Cina menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila mencemar duli bersantap di sebuah kedai roti tempayan tanpa protokol diraja dengan pelbagai ejekan bukan tindakan individu terpencil.

YDP ISMA Pasir Puteh, Ustaz Sharipudin Ab Kadir kesal apabila tiada seorang pun di kalangan pimpinan – ultra kiasu – mereka yang menegur tindakan itu, bahkan dibiarkan sahaja.

“Ini menggambarkan sikap hampir keseluruhan mereka. Mereka menolak Melayu dan Islam. Sikap baik hanya lakonan dan sandiwara bersifat sementara untuk mengaburi dan menutup keburukan mereka.

“Mereka hina YDPA bersarapan pagi tanpa protokol diraja dengan pelbagai ejekan bukan tindakan individu terpencil. Ianya merupakan luahan mereka dan zuriat yang dah terpendam sejak kedatangan mereka ke Tanah Melayu sebelum merdeka lagi.

“Mereka bukan hanya mengejek YDPA tetapi menghina dan mengejek bangsa Melayu keseluruhannya. YDPA sebagai simbol kepimpinan Melayu di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tanpa menamakan mana-mana pihak Ustaz Sharipudin berkata, sandiwara amat berkesan sehingga boleh menutup semua tipu daya dalam semua tindakan mereka.

“Amat malang bila ada pimpinan Melayu amat mempercayai bahkan memuji mereka. Mereka dipuji kerana boleh menyebut Amar Maaruf dan Nahi Mungkar dan menggunakan beberapa istilah Arab dalam kenyataan mereka.

“Inilah antara kebodoh-bodohan pemimpin Melayu. Ada juga pemimpin Melayu yang terpaksa memperbodohkan diri sendiri kerana mengharapkan sesuatu habuan dari mereka.

“Ada habuan berbentuk sogokan wang ringgit dan ada yang gilakan kuasa dan kedudukan. Rela jadi Pak Pandir asalkan dapat kuasa dan pangkat walaupun boneka semata-mata. Satu ketika jadi Pak Pandir satu ketika jadi Pak Kaduk,” katanya sinis.

Terdahulu, laman Facebook Istana Negara memuat naik beberapa gambar Seri Paduka bersendirian menikmati roti tempayan yang dihidangkan dalam pinggan, tanpa sebarang protokol dan penuh santai duduk di atas bangku plastik yang disediakan di kedai terbabit.

Baginda ketika itu dilaporkan dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Sungai Soi yang menempatkan 40 individu kurang bernasib baik.

Bagaimanapun, di ruangan komen Facebook Sin Chew Daily, segelintir netizen Cina mendakwa Agong hanya berlakon untuk menjadi ‘mesra rakyat’.

Seorang pengguna media sosial dengan nama Benny Loo LG mempersoalkan sama ada tindakan Agong bersantap di kedai roti tempayan itu sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk.

Hoo Hoo Gan pula dengan biadabnya menyifatkan Agong sebagai tidak boleh diharap.

“Tidak boleh diharap, cakap lain buat lain. Pemikirannya seakan parti politik Melayu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button