Berita Utama

Op Mabuk: Pengamal perubatan antara 5 ditahan

508 pengguna jalan raya termasuk 356 kenderaan diperiksa

KUALA LUMPUR, 28 Syawal 1441H, Sabtu – Seorang pengamal perubatan antara lima lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di sekitar Petaling Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 26 hingga 61 tahun itu didapati positif melebihi kadar alkohol yang ditetapkan.

Beliau berkata, operasi selama empat jam bermula 11 malam tadi, memberi fokus untuk mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Polis mengeluarkan 36 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk di daerah itu.

“Selain itu, 508 pengguna jalan raya dan 356 kenderaan diperiksa dalam operasi yang berakhir 3.00 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close