Berita UtamaDunia

Zalim! Zionis tembak mati ibu tunggal ketika melintasi pusat pemeriksaan

Mangsa seorang balu mempunyai 6 orang anak

TEBING BARAT, 8 Ramadan 1443H, Ahad – Tentera pengganas Israel menembak mati seorang wanita ketika melintasi pusat pemeriksaan tentera berhampiran perkampungan Husan, barat Baitulmaqdis di Tebing Barat, awal pagi ini.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, wanita berusia 40 tahun itu meninggal dunia di hospital berdekatan bandar Beit Jala, selepas mengalami kerosakan teruk saluran darah.

Wanita itu dikenali sebagai Ghada Ibrahim Sabatien merupakan balu dan mempunyai enam orang anak, lapor agensi berita Wafa.

Terdahulu, tentera rejim Zionis dikatakan melepaskan tembakan amaran ketika wanita malang itu melintasi kawasan berkenaan sebelum menembak terus ke arah kakinya.

Wanita berkenaan kemudian dipindahkan kepada Bulan Sabit Merah untuk rawatan lanjut, kata pasukan tentera sambil menambah pihaknya sedang menyiasat kes tersebut.

Sementara itu, awal pagi tadi, tentera pengganas Israel menyerbu bandar Jenin, utara Tebing Barat berikutan serangan maut di pantai Tel Aviv, Khamis lalu.

Insiden dipercayai dilakukan oleh penduduk di Kem Pelarian Jenin yang mengorbankan tiga lelaki. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button