Dunia

Rancangan Israel rampas Tebing Barat bimbangkan penduduk Lembah Jordan

Tanah ke tebing Sg Jordan telah diubah sebagai penempatan haram

RAMALLAH, 28 Syawal 1441H, Sabtu – Penduduk Palestin di Lembah Jordan menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan rejim pengganas Israel merampas wilayah Tebing Barat, kerana ia akan mengubah tanah dan menyekat akses ke kawasan pertanian mereka. 

Tanah di bahagian Barat dan Timur menuju ke tebing Sungai Jordan, telah diubah sebagai penempatan haram dan dipagar oleh tentera Israel. 

Penduduk di kawasan itu bimbang Lembah Jordan akan menerima nasib sama jika Israel meneruskan rancangannya untuk merampas wilayah itu. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah berjanji untuk mengambil alih lembah dan semua mukim di Tebing Barat yang dijajah, selaras dengan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai kononnya pelan Timur Tengah. 

Difahamkan, proses berkenaan dijangka dimulakan seawal 1 Julai. 

Netanyahu berkata, Israel akan merampas tanah tetapi penduduknya tidak akan bergantung di bawah kerajaan itu, dan masih berada di bawah pemerintahan Palestin yang terbatas, di mana rejim itu masih memperketatkan kawalan ketenteraannya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button