Berita Utama

Segera tukar Mykad, jangan biarkan PATI bersenang-lenang

Barisan hadapan telah laksana tugas mereka dengan baik sekali

BANGI, 28 Syawal 1441H, Sabtu – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) terus mendesak kerajaan agar mempertimbangkan saranan untuk segera menukarkan kad pengenalan baharu bagi mengekang isu pemalsuan MyKad dalam kalangan warga asing di negara ini.

Naib Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari berkata, cadangan itu perlu disegerakan untuk tidak memberi ruang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) bersenang-lenang di negara ini.

Pada masa sama, beliau memuji usaha kerajaan serta barisan hadapan negara yang terus memburu sindiket dan dalang PATI di kalangan tekong warga tempatan.

“Ini dinamakan kerja-kerja membanteras dan pencegahan. Terbaik!,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini merujuk kepada usaha pihak berkuasa yang giat memburu lebih 300 tekong dan dalang warga tempatan dikenal pasti terbabit dalam kegiatan penyeludupan PATI ke dalam negara.

Terdahulu, National Task Force (NTF) memaklumkan warga tempatan khususnya yang terbabit dalam industri maritim seperti nelayan, pemilik dan operator bot serta pemancing, boleh didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, dan akan dikenakan tindakan keras oleh pihak berkuasa jika didapati bersalah.

Menurutnya mereka juga akan berdepan dengan tindakan pembatalan lesen menangkap ikan, memancing dan lesen mengoperasikan bot penumpang atau rekreasi sekiranya didapati terlibat, dan tindakan penguatkuasaan ini bukan sahaja tertumpu di seluruh kawasan perairan negara, tapi turut merangkumi semua sempadan darat.

“NTF menerusi Ops Benteng akan menggempur sehingga ke akar umbi bagi memastikan tiada pendaratan pendatang tanpa izin khususnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bagi mengelak risiko jangkitan wabak COVID-19, serta tiada pelanggaran undang-undang dilakukan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Cikgu Izzat mendesak Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan 100,000 pelancong China dan India yang tiada rekod keluar daripada negara ini.

“Kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, saya dan seluruh rakyat masih menunggu respons atau kenyataan rasmi berhubung ‘kehilangan’ 100,000 pelancong China dan India dalam Malaysia. Hina sangat ke kami rakyat Malaysia untuk tahu maklumat ini?,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close