Berita Utama

Kalau PN menang Pulau Pinang eloklah Melayu pimpin, bukan Gerakan

Didiklah Gerakan, jangan seperti kaduk naik junjung

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 22 Muharam 1445H, Rabu – “Cita-cita ultra kiasu Gerakan ini besar, ditakdirkan Perikatan Nasional (PN) menang nanti, dia nak jadi Ketua Menteri.

“Jadi jika ditakdirkan PN menang, eloklah Melayu yang memimpin, bukan Gerakan.”

Demikian tegas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan gabungan parti Bersatu dan PAS sekiranya berjaya merampas Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Beliau menasihatkan PN supaya tidak membiarkan Gerakan seperti kaduk naik junjung, justeru didiklah Gerakan supaya tidak seperti parti ultra kiasu.

“Saya memohon agar PN kembali sedar, siapakah rakan mereka yang sebenar. Saya amat yakin, antara pemimpin Gerakan, DAP dan MCA, kepentingan mereka sama, mereka ada persetujuan bersama dalam menentukan masa depan bangsa Cina.

“Di sinilah kelemahan parti-parti dominasi Melayu dalam percaturan strategi dan kepentingan masa hadapan. Kita bila main, kita bermain sungguh, sehingga jadi main-main.

“Bila bergaduh, bergaduh sungguh, sehingga bermusuhan antara satu sama lain. Paling malang, terlepas pandangan soal kepentingan agama, bangsa dan negara. Ingat, PRN enam negeri ini satu isyarat lebih jelas untuk melihat dan membezakan antara sahabat, kawan dan musuh,” katanya.

PN bertanding di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Gerakan mendominasi senarai calon dengan bertanding di 19 kerusi, PAS (tujuh) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) (tiga), Bersatu (tujuh) dan Bersatu-Bersekutu (empat).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button