Berita UtamaDunia

Tolak bantuan perubatan, hubungan PA-UAE tegang

Palestin mahu bekalan dihantar melalui Jordan bukan Israel

BAITULMAQDIS, 28 Syawal 1441H, Sabtu – Tindakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) menolak tawaran Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk memberi bantuan perubatan kepada Kementerian Kesihatan Palestin mengakibatkan kedua-kedua pihak menghadapi krisis.

Difahamkan, bantuan berkenaan akan diberikan di lapangan terbang Ben Gurion Israel.

PA berkata, tawaran berkenaan ditolak disebabkan UAE gagal berhubung dengan pihaknya, sebaliknya ia dimaklumkan melalui media Israel.

Pihak berkuasa itu juga mendakwa, UAE sengaja mengambil kesempatan terhadap penularan wabak COVID-19 yang semakin teruk di Palestin selain mengukuhkan hubungan bersama Israel.

Bagaimanapun, UAE menafikan dakwaan berkenaan dan melancarkan kempen sabotaj menerusi laman Twitter.

Dalam tulisan di Twitter, pegawai UAE mempertikaikan kedudukan PA dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Selain itu, pegawai UAE bertindak memuji Mohammed Dahlan, ahli Politik Palestin yang juga seteru Mahmoud yang diasingkan di UAE.

Tawaran bantuan perubatan oleh PA juga mempunyai kaitan dengan kehadiran Dahlan di UAE, yang berperanan dalam menghantar bantuan berkenaan.

Palestin lebih memilih bekalan bantuan dihantar melalui Jordan, dan bukannya Israel.

Di kala hubungan PA dan UAE tegang, hubungan UAE dan Israel pula menyaksikan hubungan yang semakin baik. -Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close