Berita Utama

5 lelaki ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol

22 saman dikeluarkan atas kesalahan lalu lintas

KUALA LUMPUR, 29 Syawal 1441H, Ahad – Lima lelaki ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dilaksanakan di sekitar Petaling Jaya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua suspek berumur lingkungan 30 hingga 49 tahun itu ditahan kerana didapati positif memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang ditetapkan.

Beliau berkata, mereka ditahan dalam operasi bermula pada 11 malam bagi mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Polis turut mengeluarkan 22 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk di daerah itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, seramai 501 pengguna jalan raya dan 467 kenderaan diperiksa dalam operasi yang berakhir pada 3 pagi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close