Berita Utama

Rakyat makin derita, PRK ‘langkah’ selamatkan negara

Pemimpin dilihat masih gagal perbetul keadaan

BANGI, 22 Safar 1445H, Jumaat – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok adalah kesempatan terbaik untuk pengundi menyelamatkan rakyat dan negara.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada pengundi di kedua-dua kerusi berkenaan.

“Hari ini rakyat semakin menderita, keadaan ekonomi dan kewangan negara makin parah.

“Tetapi pemimpin dilihat oleh rakyat masih gagal membetulkan keadaan, masih dilihat tidak fokus dalam tugas masing-masing, banyak bermain-bermain dan berjalan sana-sini.

“Mereka masih dilihat bersikap zalim, menyalahgunakan kuasa dan memperolok-olokkan undang dan mahkamah untuk membebaskan mereka yang terkait rasuah dan jenayah lain, termasuk jenayah seksual,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Sehubungan itu katanya, PRK pada 9 November ini merupakan kesempatan terbaik untuk pengundi Pulai dan Simpang Jeram.

“Rakyat di seluruh Johor dan seluruh negara meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka untuk membantu menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button