Berita UtamaIstimewa

DAP terdesak? Sanggup guna imej wanita Melayu untuk merekrut

Adakah parti cauvinis terdesak mahukan undi orang Melayu

BANGI, 29 Syawal 1441H, Ahad – Parti tamak haloba DAP dilihat seakan terdesak apabila mempromosikan iklan menggunakan imej wanita Melayu untuk merekrut ahli.

Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam), Mohd Luttfi Abd Khalid berkata, seseorang mungkin tidak setuju dengan ideologi DAP, namun ‘iklan promosi’ parti itu sangat eksploitatif dan merendahkan wanita.

“Mungkin tidak mengapa parti rasis cauvinis mempromosikan wajah ‘Melayu’ dalam usaha merekrut. Tetapi adakah mereka begitu terdesak untuk mendapat undi orang Melayu?” soalnya menerusi catatan di Twitter hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada poster iklan memaparkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman yang mengajak orang ramai menyertai DAP.

“Popaleh Weh! Moh Sertai DAP!,” demikian teks yang terkandung dalam poster itu yang turut disertakan dengan logo Pakatan Harapan (PH) serta DAP.

Selain itu, turut dilampirkan sekali pautan untuk mereka yang ingin mendapatkan borang keahlian.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close